Sunday, June 6, 2010

GAZA OH GAZA

Posted by masnidadaud Saturday, May 29, 2020 12:40 PM
Simpatiku ke atas volunteer yg terbunuh dalam misi bantuan utk Gaza dalam kapal Mavi Marmara..Israel laknatullah mmg kejam dan bacul...membunuh org2 yg tak bersenjata...Below is artikel from berita harian yg aku baca pagi tadi...
"Komando Israel menggunakan dasar ‘tembak untuk bunuh’ selain melepaskan tembakan ke arah aktivis misi bantuan Gaza sekali setiap minit ketika hasil bedah siasat menunjukkan mangsa tembakan ditembak pada jarak dekat pada bahagian muka, kepala dan dari belakang. Seorang daripada aktivis yang membuat pendedahan itu ialah Pengerusi Pertubuhan ‘Friends of Al Aqsa’, Ismail Patel, yang memberitahu seorang daripada sembilan yang maut ditembak berada di depannya. Beliau menyifatkan komando Israel itu diberi
arahan ‘tembak untuk bunuh’ kerana menggunakan peluru hidup yang dilepaskan dari helikopter.
Akhbar Britain, The Guardian, pula melaporkan keputusan bedah siasat ke atas sembilan mayat aktivis yang maut dan mendapati mereka ditembak berkali-kali dan sekurang-kurangnya 30 das pada jarak dekat.Selain itu, lima daripada mangsa kena tembakan di bahagian kepala yang mengesahkan komando Yahudi diizinkan membunuh.

Aktivis Amerika Syarikat keturunan Turki, Furkan Dogan ditembak daripada jarak kurang 45 sentimeter dan tembakan mengenai muka, belakang kepala, dua kali di kaki dan sekali di bahagian belakang.Seorang lagi lelaki yang maut berusia 60 tahun dan kena tembakan di dahi, dada, kaki dan bahagian belakangnya.
Dua lagi lelaki ditembak empat kali dan lima lagi ditembak sama ada di bahagian belakang kepala atau di belakang badan.Ketua Yayasan Bantuan Kemanusiaan Islam Truki, Bulent Yildirim, yang mengetuai misi itu, berkata aktivis menggunakan batang besi bagi mempertahankan diri selepas askar Yahudi itu melepaskan tembakan rambang ketika menyerbu kapal Mavi Marmara."

Syukur rakyat Malaysia terselamat even bantuan tak sampai ke Gaza.....Semoga Allah melindungi umat Islam seluruh dunia dan menghancurkan musuh2 Islam....Orang2 Islam pon, hentikanlah gaduh sesama sendiri.....musuh2 Islam cuma bergelak ketawa tgk kita asyik bertelagah...

2 comments:

Ur along said...

Derg ni mmg kaum x mkn saman.pengecut.so jom boikot brgan drg,k.smoga jihad kecik kite dpt mbantu kalahkan yahudi laknatullah ni.Allahuakbar!

masnidadaud on June 9, 2010 at 8:43 PM said...

yeah sis proud of u....eventho susah gak nk avoid brg2 diorang..at least we do sumthing

Post a Comment

 

*JARIMAS* Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates